Thursday, April 28, 2016

Kuota Data Internet Anda Cepat Habis? Ikuti Tips Ini Untuk Jimatkan Penggunaan Data Internet Untuk Android Anda

Boleh dibilang dengan jari di kalangan kita yang tidak mempunyai smartphone dan apalah guna smartphone yang mahal dan canggih kalau tak ada internet. Malahan, internet dah menjadi suatu kewajipan yang perlu kita ada setiap masa.

hands texting with mobile phones in cafe

Akan tetapi, ia bukanlah percuma. Pemilik smartphone perlulah melanggan plan data yang disediakan oleh syarikat telco masing-masing dengan data yang agak terhad. Jadi, sebagai pengguna bijak, anda perlu tahu macam mana hendak gunakan data dengan betul dan jimat.

Bagi yang ingin tahu dan ingin berjimat, anda boleh baca tips-tips seperti yang berikut:

1. Tetapkan kadar penggunaan data pada smartphone

android-data-usage

Bagi pengguna smartphone, anda perlu pergi ke tetapan telefon atau setting > data usage dan setkan penggunaan data anda di situ untuk tempoh yang anda suka. Anda juga boleh semak aplikasi yang menggunakan data dengan banyak.

Bagi sesetengah smartphone android yang tidak mempunyai tetapan data usage, jangan risau. Anda boleh muat turun aplikasi My Data Manager untuk membuat tetapan tersebut.

2. Matikan aplikasi yang masih berjalan di background dan ubah tetapan kemaskini aplikasi

384x640xandroid-cached-background-processes.png.pagespeed.gp+jp+jw+pj+js+rj+rp+rw+ri+cp+md.ic.ysPoR9XKcA

Untuk semak aplikasi yang banyak menggunakan data dan anda ingin matikannya, anda hanya perlu pergi ke setting > apss > running service. Semak di situ dan matikan aplikasi yang tidak perlu. Kemudian pergi ke setting > about > system update > Auto-download system update dan ubah kemaskini sistem ketika ada wifi sahaja.

3. Ubah tetapan pada aplikasi whatsapp dan facebook 

Facebook-Whatsapp

Nak ubah apa? Banyak benda anda kena ubah untuk kurangkan penggunaan data. Yang pertama, untuk aplikasi whatsapp, sila ubah tetapan auto-downloaded gambar, lagu dan video kepada ketika menggunakan wifi atau ketika anda hendak lihat dan dengar sahaja. Caranya, masuk ke aplikasi whatspp, anda akan nampak titik tiga di bahagian atas, tekan dan cari data usage > when using mobile data (unclick semua) > when connected on wifi (click semua).

Untuk facebook pula, kalau anda perasan, facebook telah mengemaskini aplikasinya iaitu video akan dimainkan dengan sendiri walau anda tak click pada video tersebut. Untuk ubah tetapan tersebut, anda hanya perlu pergi ke app setting > Auto-play dan pilih On Wifi Connection Only.

3. Kurangkan menonton video secara online dan online gaming  ketika menggunakan data

unnamed

Ini masalah pengguna sebenarnya. Langgan data 500mb sahaja tapi nak tonton video dekat youtube yang berdurasi panjang. Video online menggunakan data yang sangat banyak walaupun anda menonton video di facebook.

Lagi satu, memang ramai gemar main online game di smartphone, tapi sila pastikan ia tidak menggunakan banyak data.

4. Kurangkan penggunaan data pada Google Chrome atau guna aplikasi lain

mobile-benefits-4

Google Chrome ini juga antara aplikasi yang “menelan” data anda dengan begitu cepat. Apa kata and ubah tetapan dengan masuk pada aplikasi Google Chrome > setting > reduce data usage. Dengan berbuat demikian, saiz web yang anda layari akan dikecilkan.

Ataupun, anda boleh beralih kepada pelayar yang lebih jimat data seperti Opera Mini dan CM Browser.

Jadilah pengguna yang bijak dan pilih telco pun dengan bijak!

 

The post Kuota Data Internet Anda Cepat Habis? Ikuti Tips Ini Untuk Jimatkan Penggunaan Data Internet Untuk Android Anda appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Load disqus comments

0 comments