Saturday, April 30, 2016

Curi Kasut, Sebab Suka Bau Kaki

shoe_thief

Di China memang banyak kes-kes pelik ni dan yang terbaru, lelaki curi kasut perempuan sebab suka bau pada kasut tersebut.

Lelaki ini mencuri kasut serta pakaian dalam pekerja wanita di syarikat berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Dek kerana ramai yang membuat aduan, pihak syarikat telah memasang cctv, namun pencuri itu masih lagi gagal dikesan sehingga memaksa mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis.

shoe_thief2

Beberapa hari kemudian, polis berjaya menahan lelaki tersebut dan mereka telah menemui 160 pasang kasut wanita di balkoni, bawah katil serta di dalam almari.

Yang peliknya, lelaki ini hanya mencuri kasut pekerja-pekerja wanita yang terdapat di kaki lima.

Katanya bau yang terdapat pada kasut tersebut membuatkannya rasa gembira.

Menurut pihak polis, apa yang lelaki ini lakukan bukanlah satu ancaman serius terhadap orang ramai namun mereka menggesa agar masyarakat membuat laporan polis dengan kadar segera jika terjumpa orang yang jenis begini.

Sumber: shainghaiist.com

Load disqus comments

0 comments