Friday, April 29, 2016

"GAJI RM1,800 TAKKAN TAKLEH BELI HONDA CIVIC?"


Tidak dinafikan, ramai yang mengidam kereta-kereta import seperti Honda, Toyota, Nissan, Mitsubishi dan banyak lagi. Namun, majoriti yang berpendapatan rendah terpaksa melupakan hasrat memiliki kereta 'cantik' itu.

Kata orang, "Ukur baju di badan sendiri,". Malangnya ada yang tidak faham juga. Hendak diteruskan jua niat memiliki kereta yang harganya berpuluh ribu ringgit demi kepuasan biarpun gaji rendah.

Baca perkongsian yang dikongsikan oleh pakar kewangan dan hartanah yang sudah tidak asing lagi di media sosial, Doktor Azizul Azli Ahmad.





"Kereta oh kereta. Part Viva itu win sebab sama dengan saya. Tolong faham margin gaji kita dan kereta yang kita layak.

"Gaji bulanan x 12 bulan = Gaji Tahunan = Harga kereta yang layak kita beli.

"Gaji RM3000 x 12 = RM36,000, boleh beli Proton Saga BLM atau Perodua Viva. Bayaran kereta adalah bawah 15% dari gaji kita sahaja. Jika tidak, kita akan menjadi hamba abdi kereta.

"Anak mudah, ini antara punca mengapa kita tidak boleh membeli rumah pertama yang kecil dan sederhana," kongsinya. - sumber
Load disqus comments

0 comments