Pembabitan Arja Lee didalam program Gempak Superstar baru-baru ini rupanya mengundang cemburu daripada peserta lain didalam program itu, sehingga ada yang bertindak menyindir beliau. Terkejut dengan perkara itu, Arja berpendapat bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
BACA: Arja Lee Nafi Promosi Pakaian Dalam
“Sepanjang bergelar artis saya tidak pernah rapat apatah lagi bekerjasama dengannya. Namun, saya perasan dia cuba menimbulkan masalah. Malah, sejak pengumuman sidang media lagi saya dapat tahu perkara ini. Mungkin dia menanti reaksi daripada saya, tetapi saya diamkan saja”
“Saya sentiasa sedar diri. Kalau betul dia mencemburui saya disebabkan pengalaman yang sedikit sebagai penyanyi, tidak guna juga. Bukan apa, program ini memberi kuasa kepada peminat untuk mengundi. Jadi, dari segi populariti dia sudah menang, tidak perlu rasa takut atau tercabar pun,” katanya kepada Harian Metro.
Tegasnya lagi, tidak perlulah individu tersebut menyindir beliau dengan perkataan yang boleh mengundang persepsi negatif pihak lain kepadanya, lebih baik buang saja perasaan hasad dengki dan tidak puas hati itu. Jelasnya lagi, tujuan utama beliau menyertai program ini adalah untuk menuntut ilmu dan bukan mahu mencari musuh. (rkty/w)
0 comments