Nama Ayda Jebat mungkin dianggap melonjak didalam industri hiburan tempatan, namun terdapat sesetangah pihak yang tidak senang dengan personaliti selebriti itu. Tetapi bagi Ayda, beliau tidak kisah dirinya dibenci sesetengah orang, asalkan lagu-lagunya disukai ramai.
BACA: Radin Nafi Bercinta Dengan Ayda Jebat
“Bagi saya, ia perkembangan yang baik. Tidak kisah jika ada yang membenci saya kerana apa yang lebih penting, lagu saya menarik perhatian mereka. Saya percaya selepas lagu ini mencuri hati mereka, perlahan-lahan peminat akan cuba mengenali dan mendekati diri saya yang sebenar”
“Saya tidak menyangka, mereka yang selama ini membenci tiba-tiba mula meminati apabila Pencuri Hati menjadi lagu tema drama rantaian, Isteri vs Tunang lakonan Scha Alyahya dan Hisyam Hamid. Lebih membuatkan saya terharu, lagu ini juga menjadi pilihan ramai untuk aktiviti riadah,” katanya kepada Berita Harian Online.
Ayda mengulas lanjut mengenai pengalaman beliau yang pernah menerima komen peminat dilaman sosialnya yang mengakui membenci personalitinya namun amat meyukai lagu nyanyiannya. Pada masa yang sama Ayda akui beliau tidak mampu memuaskan hati semua pihak, namun beliau berharap lagunya itu dapat meluaskan lagi kelompok peminatnya. (rkty/w)
0 comments