KUALA LUMPUR - Paksu Haji Saad, memuat naik gambar dirinya memegang kuali Coocan yang dibelinya dari Wow Shop, tidak seperti yang diiklankan di televisyen.
"Assalamualaikum. Ini penangan iklan kuali di Wow Shop. Kuali Coocan buatan Korea, harga satu set RM359. Sentiasa diiklankan di TV9, kuali tak melekat goreng tanpa minyak. Tengok, apa dah jadi? Bohong betul! Share ramai-ramai, biar selamatkan orang lain dari terkena," katanya.
Dakwaan Paksu itu juga disahkan oleh rakan mayanya, Hisham Masron Cham, yang mengalami masalah yang sama.
"Saya pun terkena. Masa open order, dia cakap tak ada gerenti. Last-last dapat barang melekat. Padan muka aku," katanya.
Dalam respon terkini Cj Wow Shop, mereka mengambil maklumat mengenai post viral berkenaan.
"Kami sedang cuba menghubungi beliau. Maklumat beliua juga tiada dalam database kami. Kami berharap beliau dapat menghubungi kami secepat mungkin agar kami dapat membantunya dengan menggantikan dengan set baru," kata kenyataan itu.
Sungguhpun begitu, sesetengah netizen mendakwa Paksu tidak pandai memasak telur, selain mendakwa kuali tersebut perlu diletak minyak sedikit jika mahu mengoreng telur.
"Dah kata goreng tanpa minyak, nak suruh bubuh minyak buat apa?" kata netizen yang lain. - SUMBER
0 comments