Tuesday, April 26, 2016

Aidil Zafuan Diarah Bayar Tunggakan Nafkah RM68,530

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak yang diwakili peguam Rushdan Sujak, membayar tunggakan nafkah berjumlah sebanyak RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.

BACA: Aidil Zafuan: Saya Akan Bayar Rita RM30,000 Sekali Gus

Memetik laporan Berita Harian Online, Hakim Syarie Mawardi Che Man turut memerintahkan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan itu. Mahkamah juga turut memerintahkan defendan membayar kedua-dua jumlah itu dalam tempoh masa 45 hari bermula hari ini.

Rita yang diwakili peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan terbabit pada 14 Disember 2013 telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya tidak dapat hadir berikutan masalah kesihatan dan baru sahaja keluar dari hospital semalam.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini menfailkan tuntutan mutaan berjumlah RM300,000 daripada bekas suaminya pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memutuskan Aidil perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit. (rkty/w)

Load disqus comments

0 comments