Tuesday, April 26, 2016

Dian Sastrowardoyo Akui Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan

Aktres seberang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 1 (AADC1), dan kini kembali dengan sekuel kedua filem tersebut, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) Dian Sastrowardoyo, menjelaskan dia kini lebih memberikan keutamaan kepada keluarga berbanding kerjayanya.

BACA: Dian Sastro Wardoyo Tiru Nabi Dalam Mendidik Anak

“Anda harus tahu mana yang perlu diberikan prioritinya. Kalau saya sudah tentu keluarga sentiasa menjadi prioriti saya. Disiplin perlu ada untuk anda membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya”

“Saya juga berasa bahagia sekali kerana mempunyai suami dan keluarga yang sangat mendukung akan kerjaya saya ini,” katanya kepada Rotikaya yang ditemui di Malam Gala filem Ada Apa Dengan Cinta 2.

Dalam pada itu, filem sekuel kedua AADC2 ini terdapat adegan cium antara Dian dan juga Nicholas. Bagaimanapun aktres ini memberitahu adegan tersebut tidak ditayangkan sepenuhnya dalam versi Malaysia dan sekiranya mahu melihat adegan tersebut bolehlah ke Indonesia menyaksikan versi penuh di negara seberang itu.

“Saya fikir soalan ini tidak relevan kerana anda tidak nampak adegan tersebut pun. Tetapi sekiranya mahu melihat adegan cium, saya mencadangkan supaya anda datang ke Jakarta untuk melihat versi penuh AADC2,” katanya lagi.

Sementara itu, Dian turut berharap agar peminat-peminatnya di Malaysia turut menyokong filem tersebut sebagaimana dengan sokongan filem AADC1 yang ditayangkan pada tahun 2002.

“Saya harapkan orang-orang di Malaysia menyukai filemnya kerana kami buatnya dengan sepenuh hati. Semoga orang Malaysia dapat menontonnya dengan suka hati,” ujarnya.

Selepas 14 tahun, kini filem Ada Apa Dengan Cinta 2, bakal menemui peminat-peminatnya pada 28 April ini di dan ditayangkan serentak dengan dengan seluruh pawagam Malaysia dan Indonesia. (rtky/h)

1- Dian Sastrowardoyo Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan - ROTIKAYA 2- Dian Sastrowardoyo Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan - ROTIKAYA 3- Dian Sastrowardoyo Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan - ROTIKAYA 4- Dian Sastrowardoyo Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan - ROTIKAYA 5- Dian Sastrowardoyo Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan - ROTIKAYA 6- Dian Sastrowardoyo Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan - ROTIKAYA
Load disqus comments

0 comments