KUALA TERENGGANU: Seorang ramaja berumur 20-an telah mengalami kecederaan selepas dibelasah oleh orang awam di kawasan perumahan PPR di sini, pada Sabtu lalu, lapor KiniTv
Menurut sumber, remaja berkenaan dipercayai membawa barang yang dibelinya dari sebuah pasaraya besar tanpa plastik menyebabkan mangsa disangka telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR tersebut.
Beliau telah ditangkap oleh orang ramai dan telah dipukul tanpa usul sehingga mengalami kecederaan.
Menurut sumber juga, selepas diserahkan kepada pihak polis, barulah kisah sebenar diketahui di mana sebelum itu remaja berkenaan telah ditangkap kerana cuba mencuri di pasaraya besar berkenaan dan dia telah pun membayar untuk barangan tersebut.
Menurut sumber lagi, pada hari Sabtu, pihak pasaraya tidak menyediakan plastik ataupun perlu dibeli dengan harga 20 sen menyebabkan mangsa memilih membawa balik barangan berkenaan tanpa plastik.
Keadaan ini telah menimbulkan salah sangka dari pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya telah menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.
"Akibat tidak puas hati, remaja ini telah memukul pelanggan Giant tadi. Ketika inilah keadaan mula hilang kawalan."
"Pelanggan lain yang berdekatan turut sama memukul remaja tadi, dan ini mendorong remaja tadi melarikan diri ke flat PPR yang bersebelahan dengan pasaraya Giant." cerita sumber. - SUMBER
0 comments