Wednesday, May 4, 2016

Budak 10 Tahun Berjaya Godam Instagram Dapat RM40,000 Dari Facebook

Video-Instagram-autoplay

Imej dari tecnocino.it

Jani, budak berusia 10 tahun telah menerima ganjaran sebanyak $10,000 USD (RM40,077) daripada Facebook kerana berjaya menggodam salah satu aplikasi milik Facebook iaitu Instagram dengan membuang mana-mana komen yang beliau inginkan. Malah, beliau juga mampu untuk membuang komen di Instagram milik Justin Bieber jika beliau mahu.

Menurut bapa kepada budak lelaki ini, sebelum ini Jani dan kembarnya telah menemui bug di laman Facebook namun mereka belum cukup yakin untuk melaporkan insiden tersebut. 

Pada tahun 2015 sahaja, Facebook telahpun menerima sebanyak 13,000 laporan dan hanya 526 daripadanya disahkan kesahihannya. Syarikat tersebut juga mengesahkan sebanyak $936,000 (RM3,751,197) dengan purata $1,780 USD (RM 7132) telah dibayar kepada setiap pelapor pada tahun 2015.

Sumber: Hypebeast

Load disqus comments

0 comments