Wednesday, May 4, 2016

CERITA SEBENAR BABI HUTAN MATI DI PAGAR SEKOLAH DI PAHANG (VIDEO & GAMBAR)



Kuantan: Seekor babi hutan mati apabila kepalanya telah tersangkut pada jeriji pintu pagar kedua Sekolah Kebangsaaan (SK) Beserah awal pagi tadi, Lapor Harian Metro.

Kehadiran haiwan liar berkenaan telah disedari oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira jam 6.30 pagi sebelum memaklumkan kepada guru.








Haiwan tersebut bagaimanapun mati kira-kira dua jam kemudian kerana tidak dapat melepaskan diri.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pahang, Zainal Yusoff, berkata empat anggotanya bergegas ke sekolah itu pada jam 6.40 pagi selepas menerima aduan.

“Kita turut menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.
 
Load disqus comments

0 comments