Wednesday, May 4, 2016

"KHIDMAT PENGIRING TRAFIK DIHENTIKAN KERANA TUN MAHATHIR SERTAI PERHIMPUNAN HARAM" - BADUT MALAYSIA



PETALING JAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa khidmat pengiring trafik bagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dihentikan sejak minggu lepas.

Bagaimanapun, khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari Unit Tindakan Khas bagi Dr Mahathir masih lagi diteruskan.

"Kita tidak pernah mahu menarik balik khidmat pengawal pengiring atau 'bodyguard' Tun Mahathir. Jadi, keselamatan beliau sentiasa lagi dikawal oleh pegawai polis," katanya.

Jelas Khalid, tindakan itu terpaksa dibuat selepas Tun Dr Mahathir menyertai perhimpunan haram Bersih, perhimpunan bantah GST dan mengutip tandatangan untuk deklarasi yang jelas bercanggahan dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.

"Penarikan balik khidmat pengiring trafik untuk beliau adalah di atas keputusan saya sebagai Ketua Polis Negara. Apa gunanya kita memberi iringan kepada individu yang melanggar peruntukkan undang-undang dan perlembagaan? Kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

"Saya berharap Tun Mahathir faham akan kedudukan Polis Diraja Malaysia yang mendukung Rukun Negara," katanya.

Walau bagaimanapun, Khalid tidak menolak kebenaran untuk bekas perdana menteri itu untuk memohon pada PDRM sekiranya mahu menggunakan khidmat pengiring trafik bagi menghadiri suatu acara rasmi.

"Sekiranya beliau mahukan khidmat itu, permohonan perlu dikemukakan kepada saya terlebih dahulu dan kita akan beri khidmat iringan trafik jika majlis yang dihadirinya adalah acara rasmi kerajaan serta tidak melibat pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan," katanya.

Lapor Bernama, Khalid juga turut memberikan amaran keras terhadap pihak yang tidak terlatih yang secara sukarela cuba memberi perkhidmatan seumpamanya kepada bekas perdana menteri itu.

"Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri, tetapi turut membahayakan orang lain kerana mereka tidak terlatih untuk membuat iringan kepada orang kenamaan. Tindakan itu jelas menyalahi undang-undang," katanya.
Load disqus comments

0 comments