Sunday, June 26, 2016

6 Kebaikan Kacang Walnut Yang Anda Perlu Tahu

Pernahkah anda menonton filem animasi Ice Age? Kalau pernah, mungkin anda perasan ada seekor tupai yang berusaha separuh mati menyelamatkan kacangnya. Itulah kacang walnut!

Ice-age-3-10

Kacang walnut adalah keluarga kekacang keras berasal dari Brazil, selain kacang pine, kacang hazelnut, macadamia dan kacang pistachio. Kesemua kacang-kacang ini mengandungi khasiat yang tersendiri.

Misalnya, secawan kacang walnut melengkapi 100% nilai nutrisi yang disyorkan seperti lemak omega 3 berasaskan tumbuhan, tinggi zat besi, magnesium, molibdenum, dan biotin.

Nilai-nilai nutrisi inilah yang menjadikan kacang ini baik untuk sistem tubuh kita. Antara faedahnya yang boleh didapati daripadanya ialah:

1. Mencegah kanser

Kacang walnut didapati dapat mencegah kanser prostat sehingga 30-40%. Kajian makmal yang dibuat menunjukkan tikus yang makan 2.4 gram kacang walnut selama 18 minggu lebih kecil tumbesaran kanser prostat berbanding yang tidak memakannya. Ia juga mampu mencegah kanser payudara.

2. Baik untuk jantung

HeartHealth_CBP1047250_600x350_1

Walnut mengandungi asid amino l-arginine yang baik untuk pesaki jantung. Kandungan Omega 3 berasaskan tumbuhan yang terdapat dalamnya juga mampu menghalang darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

3. Penyumbang antioksidan

Antioksidan adalah penting dalam membantu tubuh badan memerangi radikal bebas yang menyerang seiiring peningkatan usia. Anda boleh dapatkannya dalam kacang ini. Penyelidik mengakui kacang walnut mengandungi antioksidan yang lebih kuat dan mereka menggelarkannya “buah luar biasa”.

4. Mengawal berat badan

Weight-Management

Mungkin ada yang tidak tahu, kacang walnut adalah di antara sumber serat yang bagus. Dengan hanya memakan secawan kacang walnut, anda akan cenderung kenyang dalam tempoh yang lama dan tak perlu makan berulang kali.

 

5. Manfaat buat otak

Walnut mengandungi beberapa sebatian pelindung saraf termasuk vitamin E, folat, melatonin, lemak omega 3, dan antioksidan. Kajian menunjukkan pengambilan kacang walnut boleh menyokong kesihatan otak, termasuk meningkatkan inferensi dalam pada remaja.

6. Baik untuk kesihatan lelaki

healthy-sperm

Ini adalah antara manfaat kacang ini yang kurang diketahui, di mana mampu mempengaruhi tahap kesuburan lelaki. Lelaki yang mengamalkan pengambilan kacang walnut secara konsisten dapat meningkatkan kualit sperma mereka.

 

Credit: articles.mercola.com

 

 

 

The post 6 Kebaikan Kacang Walnut Yang Anda Perlu Tahu appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Load disqus comments

0 comments