Monday, June 27, 2016

Kenapa Orang Mengetuk Tembikai Sebelum Beli

watermelon-cut

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Metro.co.uk

Memang menjadi kebiasaan kita akan melihat ramai yang akan mengetuk buah tembikai sebelum membelinya. Apa yang di cek sebenarnya? Orang kata salah satu cara untuk mengetahui kondisi tembikai adalah dengan mengetuknya. Perihal mengetuk tembikai menjadi isu hangat di Itali kerana sebuah pasaraya memberi amaran supaya tidak ada sesiapa mengetuk buah tembikai yang dijual.

Begitulah amaran yang diletakkan di tempat jualan tembikai.  Mungkin pemilik pasaraya itu terganggu dengan tabiat pengunjung yang suka mengetuk tembikai. Disebabkan perkara itu, ramai penduduk cina memuatnaik gambar seolah – oleh sedang menunggu jawapan dari tembikai sekaligus menyebabkan isu ini trending di China.

“Dilarang Mengetuk Buah Tembikai Kerana Ia TIDAK Akan Memberi Respon”

screen-shot-2016-06-27-at-1-57-54-pm

Menurut BBC, mengetuk tembikai sememangnya budaya yang biasa dilakukan oleh masyrakat Cina tetapi papan larangan tersebut bukan ditujukan terhadap orang cina. Mengetuk tembikai adalah kaedah umum yang dilakukan untuk mengetahui jika buah itu segar dan matang.

90045597_chinesew1

90045599_chinesew2

Bagaimana mengetahui tahap kematangan tembikai?

  • Tembikai yang matang berat ketika diangkat.
  • Jika warna jalurnya kekuningan bermaksud sudah matang, jika putih beerti masih belum matang.
  • Tembikai yang matang akan terasa keras dan kenyal ketika ditekan.
  • Dan ini yang sering didengar, tembikai matang mempunyai dengungan yang lebih kuat dari biasa.
Load disqus comments

0 comments