## Seorang ayah dan anak perempuannya terkejut selepas ayam yang dibeli dari sebuah pasar raya penuh dengan tahi dan tidak dibersihkan….
## Dalam kejadian Ahad lepas, Michael, 50 dan Robyn Stroud, 18 membeli seekor ayam mentah berharga 4.50 (RM29.83)….
## Apabila kami buka bungkusan ayam berkenaan, kami terkejut dengan apa yang terkandung di dalamnya, kata Michael….
## Anaknya Robyn memberitahu terdapat sisa-sisa makanan dan tahi yang banyak dalam perut ayam tersebut….
## Baunya sangat dahsyat! Itu kali pertama kami membeli dari pasar raya berkenaan dan kami pasti tidak akan membeli di situ lagi, kata Robyn dipetik laporan Dailystar….
## Anak-beranak kemudian membawa ayam berkenaan dan memanggil pengurus pasar raya….
## Pengurus kemudian meminta maaf dan menawar untuk menggantikan ayam itu. Saya macam tak boleh percaya….
## Pada pendapat saya, perkara ini terjadi disebabkan kurang rasa tanggungjawab dalam industri pemprosesan, kata Robyn. …
## Beliau mengkongsikan apa yang terjadi kerana mahu pelanggan berhati-hati ketika membeli dan periksa belian mereka dengan teliti….
## Sementara itu, jurucakap pasar raya tersebut memberitahu satu siasatan akan dijalankan untuk mengenalpasti punca masalah berkenaan…..
0 comments