Baca Dan Dengar “Tuanku ada berpesan kepada Permaisuri Norizan supaya jangan memandang kepada mata P Ramlee”. Ramai Terkejut Isteri Ke-2 P. Ramlee Permaisuri Perak!!!:
Bekas isteri kedua P.Ramlee iaitu Norizan merupakan seorang yang tegas & berdisplin. Maklumlah merupakan orang istana (kerabat di raja)-bekas permaisuri negeri Perak.
Jika anda hendak tgk Norizan..dialah yangg berlakon sebagaipermaisuri Pasir Berdengong dalm cerita Pendekar Do Re Mi (1973)..di mana P.Ramlee menawarkan watak itu kepada Norizan slps berbelas tahun mereka berpisah (bercerai).
******************************************************************************************************
-Arwah seniwati Norizan ini berkahwin dengan p ramlee..Beliau ialah isteri kepada Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 32 ,Almarhum Sultan yusuf Izuddin Shah. Dan beliau telah diceraikan oleh Tuanku Sultan Yusuf & selepas itu beliau berkahwin dgn P Ramlee…
-Arwah seniwati Norizan ini berkahwin dengan p ramlee..Beliau ialah isteri kepada Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 32 ,Almarhum Sultan yusuf Izuddin Shah. Dan beliau telah diceraikan oleh Tuanku Sultan Yusuf & selepas itu beliau berkahwin dgn P Ramlee…
-Assalamualaikum. WARISAN PERMAISURI MELAYU kali ini akan membawakan kisah seorang Permaisuri Sultan Perak yg sanggup meninggalkan istana demi mengejar cintanya kepada seorang Seniman Agung.
Itulah kisah Almarhum Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Yusuf Izzuddin, Yang Teramat Mulia Permaisuri Norizan Binti Muhammad Noor & Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.
-Norizan Muhammad Noor.
Itulah kisah Almarhum Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Yusuf Izzuddin, Yang Teramat Mulia Permaisuri Norizan Binti Muhammad Noor & Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.
-Norizan Muhammad Noor.
–Seniwati Norizan Binti Muhammad Noor dilahirkan di Perak pada tahun 1927. Beliau berkahwin dgn Sultan Perak ke 32, Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah pada tahun 1954 pada usia 27 tahun. Pada tahun 1955, beliau diberikan gelaran Yang Teramat Mulia Permaisuri oleh suami beliau.
Pada tahun 1955, ,,Seniman P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh membuat persembahan di Perak atas titah Almarhum Tuanku.
Namun, Almarhum Tuanku ada berpesan kepada Permaisuri Norizan supaya jangan memandang kepada mata P Ramlee. Titah Tuanku, jika terpandang sahaja mata P Ramlee, seseorang wanita itu boleh jatuh cinta kepadanya.
Permaisuri Norizan telah terkena panahan mata P Ramlee lalu jatuh cinta kpd Seniman muda itu. Perhubungan cinta antara Permaisuri Norizan dan P Ramlee dipisahkan oleh tembok istana.
Mereka hanya berhubung melalui telefon. Hubungan ini hanya diketahui oleh Almarhum Tuanku apabila bil telefon istana melambung tinggi.….
Seniman P Ramlee dan Seniwati Norizan.
-Almarhum Sultan Yusuf menceraikan Permaisuri Norizan. Norizan keluar dari istana untuk hidup bersama P Ramlee. Pasangan ini berkahwin pada 6 Februari 1955. Ketika itu P Ramlee berusia 26 tahun manakala Norizan berusia 28 tahun.
Rumahtangga mereka ber2 bahagia pada awal perkahwinan. Namun, Norizan terasa disisihkan apabila P Ramlee mula melonjak naik dalam kariernya. Norizan merasa terpinggir dan dalam masa yg sama muncul seorang biduanita muda yg bernama Saloma dalam kamus hidup P Ramlee.
Perkahwinan mereka hanya bertahan 6 tahun sahaja. Pasangan ini bercerai pada tahun 1961…
-Almarhum Sultan Yusuf mangkat pada tahun 1963 di Istana Iskandariah. Sebentuk cincin biru yang kini masih tersimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Almarhum Sultan Yusuf kepada Norizan.
Seniman Agung P Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Manakala Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992 pada usia 65 tahun. Seniman Agung P Ramlee telah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Norizan sewaktu mereka masih bersama.
Lagu Tidurlah Wahai Permaisuri merupakan hadiah buat Seniwati Norizan. Seniwari Norizan juga pernah berlakon sebagai Permaisuri di dalam filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973 di bawah arahan bekas suaminya P Ramlee.
Bekas isteri kedua P. Ramlee, Norizan, yang sekarang hidup berbahagia dengan suaminya, adalah satu-satunya wanita yang telah menggemparkan masyarakat, dari Permaisuri Sultan, Norizan telah jatuh cinta pandang pertama dengan P. Ramlee.
“Segala peristiwa suka duka yang saya alami selama hidup di samping P. Ramlee tetap menjadi kenangan, sampai sekarang kadangkala saya teringat-ingat seolah-olah semuanya itu baru saja berlaku, entahlah!” kata Norizan menghela nafas panjang.
Norizan masih teringat-ingat lagi perkahwinannya dengan P. Ramlee sangat berbahagia sekali, “Hidup kami rukun dan damai, memang betul seperti yang selalu diceritakan oleh Saloma, P. Ramlee sifatnya terlalu penyayang! dia suka memanjakan isteri dan dirinya pun meminta isteri memanjakannya.”
Norizan masih teringat-ingat lagi perkahwinannya dengan P. Ramlee sangat berbahagia sekali, “Hidup kami rukun dan damai, memang betul seperti yang selalu diceritakan oleh Saloma, P. Ramlee sifatnya terlalu penyayang! dia suka memanjakan isteri dan dirinya pun meminta isteri memanjakannya.”
Norizan termenung jauh untuk mengingatkan kembali bagaimana rumahtangganya boleh retak, sehingga masing-masing terpaksa berpisah.!
“Tetapi yang saya ingat, agaknya kerana ditinggalkan kesepian di rumah menyebabkan saya merasa begitu cemburu, cemburu melihat dia selalu berdampingan dengan heroin-heroin yang selalu berlakon dengannya di dalam filem.
“Baru sekarang saya sedar! rupanya berkahwin dengan orang filem, mesti bersifat sabar, walaupun kadangkala terpaksa, ‘makan hati berulam jantung!’
Norizan masih ingat lagi, rumahtangganya mulai bergoncang ketika P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem “Ibu Mertua Ku”, rumahtangga mereka sekejap aman sekejap berantakan, dan dalam suasana beginilah P. Ramlee telah mencipta tiga lagu – “Jeritan Bathinku”, “Jangan Tinggal Daku” dan “Di Manakan Ku Cari Ganti”.
“Suasana rumahtangga yang berantakan ini banyak mencetuskan ilham P. Ramlee mencipta lagu. Ketiga-tiga lagu ini menggambarkan suasana rumahtangga kami seolah-olah kami berdua sudah membayangkan ‘perpisahan’, walaupun kami takut berpisah, tapi akhirnya terpaksa juga berpisah!” kata Norizan mengeluh kesal.
Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Norizan, “Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!”
Norizan juga tidak dapat melupakan, sesudah lama mereka bercerai dan sesudah masing-masing berpindah ke Kuala Lumpur, mereka kadangkala secara kebetulan betemu muka di studio Merdeka Film di Hulu Kelang.
Walaupun telah berpisah, namun perhubungan P. Ramlee dengan Norizan tetap baik, masing-masing saling hormat menghormati.
Ketika pengarah S. Kadarisman megambil Norizan berlakon dalam filem “Tunggal”, P. Ramleelah yang mengajarnya berlakon. “Kalau dah pandai berlakon, nanti senang nak cari duit,” kata P. Ramlee kepada bekas isterinya itu.
“Pelik! semasa menjadi isterinya dulu dia tak izinkan saya berlakon, cemburu! Sekarang pulak dia yang mengajar saya berlakon,” kata Norizan dalam hatinya.
“Bila dia mengarahkan filem “Laxmana Do Re Mi” filem terakhirnya di Merdeka Studio, P. Ramlee menawarkan saya berlakon, menjadi Permaisuri.
“Katanya kepada saya, dulu I ambil You, Permaisuri! sekarang I nak kembalikan You sebagai Permaisuri dalam “Laxmana Do Re Mi”, katanya sambil ketawa”. Lucunya P. Ramlee ni, dia suka bergurau,” kata Norizan mengenang cerita yang masih segar dalam ingatannya.
TIDURLAH WAHAI PERMAISURI
Hasil nukilan Tan Sri P Ramlee buat Norizan.
Tidurlah
Tidurlah wahai permaisuri
Tidurlah hai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata
Tidur nyawa
Kudendangkan
Kunyanyikan
Wahai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua
Hai dewi suci
Kaulah kekasih hati
Bersumpahlah kamu
Bahawa kau kekasiku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah permaisuri tidurlah
TIDURLAH WAHAI PERMAISURI
Hasil nukilan Tan Sri P Ramlee buat Norizan.
Tidurlah
Tidurlah wahai permaisuri
Tidurlah hai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata
Tidur nyawa
Kudendangkan
Kunyanyikan
Wahai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua
Hai dewi suci
Kaulah kekasih hati
Bersumpahlah kamu
Bahawa kau kekasiku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah permaisuri tidurlah
Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami….terimakasih
0 comments