Kita semua mempunyai cara masing-masing dalam menguruskan stress. Ada sesetengah orang menghilangkan stress dengan panjat gunung, bermain permainan video, membeli-belah, lepak dan sebagainya.
Setiap cara tersebut ada kebaikannya tapi yang sebenarnya adalah dengan anda mengenalpasti titik-titik tekanan yang terdapat pada tubuh anda. Dengan hanya menyentuhnya, kemungkinan anda akan rasa sedikit ketenangan.
Mari sama-sama kita lihat di mana titik-titik tekanan tersebut yang anda perlu sentuh:
1. Kulit kepala bahagian belakang
Bahagian kepala inilah yang selalu menampung bebanan stress. Apa kata anda ambil masa 5 minit dengan mengurut di bahagian tengah belakang kepala sambil bernafas dengan betul dan fikirkan perkara yang baik-baik sahaja.
2. Telinga
Ini adalah titik tekanan yang dikenali sebagai shen men dalam bahasa cina, bermaksud pagar bagi roh. Beberapa pakar mendakwa ini adalah titik tekanan terbaik yang perlu disentuh untuk melegakan fikiran dan tubuh badan. Cuba ambil kutil kapas atau pen dan urut perlahan-lahan di kawasan ini. Ketenangan akan sedikit demi sedikit datang.
3. Dada
Stress menjadikan kita untuk bernafas dengan betul. Oleh itu, dengan menggunakan tiga atau empat jari, tekan di tengah-tengah dada anda dan tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian hembus. JIka mahu lagi mujarab, gunakan satu lagi tangan untuk menekan di antara kening anda. Pasti lega!
4. Perut
Kebanyakan pakar refleksiologi selalu menggunakan titik ini kerana ia membantu mewujudkan pergerakan yang bebas di antara dada dan otot perut yang boleh meningkatkan pernafasan. Orang yang bernafas sambil menekan jari di bahagian pangkal perut ini biasanya akan merasa lebih sensasi dan tenang.
5. Lengan
Antara titik yang klasik tapi popular dalam akunpuntur dan refleksiologi. Cubalah tekan di bahagian ini. Ia membantu tenaga anda untuk bergerak ke arah yang betul disamping membantu tumpuan mental dan mengurangkan tekanan.
6. Tapak tangan
Ramai yang percaya, banyak tekanan yang kita alami disimpan dalam hati. Oleh itu, pakar berpendapat dengan menekan bahagian ini dapat melegakannnya. Selain stress, ia juga dapat memberikan kelegaan pada gejala insomnia dan senak perut.
7. Tapak kaki
Sesetengah pakar refleksiologi percaya dengan menekan di bahagian tengah-tengah tapak kaki dapat meringankan fikiran dan merungkai kekusutan. Ia juga baik untuk merawat pankreas.
Credit: ba-bamail.com
The post 7 Tempat yang Anda Perlu Sentuh Ketika Stress Untuk Kurangkannya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments