Sunday, June 26, 2016

Kaki Mereput Selepas 6 Hari Main Game Tanpa Henti

young-man-with-rotting-feet

Ketagih sangat main game sampai tapak kaki berdarah dan kaki mereput akibat jangkitan kuman selepas bermain selama enam hari tanpa henti di cyber cafe.

Difahamkan, remaja lelaki berusia 19 tahun ini ditemui terbaring oleh polis berdekatan landasan kereta api di Hangzhou, China.

Remaja lelaki ini dikatakan telah merayau tanpa hala tuju dan tidak makan selama 3 hari memandangkan dia tiada duit untuk membeli makanan, selepas menghabiskan semua duitnya untuk bermain online game selama 6 hari.

Pihak polis telah menghubungi ibu bapa remaja lelaki itu untuk memaklumkan keadaan anaknya selain mahu menghantar remaja itu pulang ke rumah.

Bapa kepada remaja lelaki itu menjelaskan bahawa anaknya sudah melarikan diri selama 10 hari. Malah dia juga tidak pandai buat benda lain, selain dari bermain game.

Pada awalnya, si bapa tidak membenarkan anaknya pulang ke rumah sehinggalah dia menukar fikiran untuk menerima kembali anaknya.

Remaja di negara ini sememangnya terkenal dengan ketaksuban mereka bermain game. Tahun lepas, satu insiden dimana ibu bapa seorang terkejut selepas mengetahui anak mereka yang hilang tidak mati, namun hidup dengan berpindah randah dari satu cyber cafe ke cyber cafe yang lain selama 10 tahun.

Sumber: Siakap Keli

Load disqus comments

0 comments