Jika sebelum ini Awie belum sempat memberikan sebarang kenyataan terhadap dakwaan bahawa dia susah pun bertunang, melalui Kosmo! Online baru baru ini, penyanyi rock ini mengesahkan sendiri perkara tersebut.
BACA: Awie Sudah Bertunang Dengan Syarifah Ladyana?
“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar,” kata Awie. Sementara itu, Awie juga turut menjelaskan bahawa dia tidak berhasrat mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai peribadi dalam kalangan keluarganya.
Sebelum ini, BH Online melaporkan bahawa majlis pertunangan secara tertutup telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu dan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.
Malah khabarnya pasangan tersebut juga bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Apa pun, semoga segala persiapan dipermudahkan. (rtky/s)
0 comments