Monday, June 20, 2016

Jom Belanja Raya Sakan Bersama Lazada, Potongan Sehingga 92%

Ramai sedia maklum yang berbelanja atas talian atau online kini semakin mudah dan menjadi pilihan ramai. Dan berbelanja untuk persiapan raya kini tidak perlu lagi melibatkan proses memandu dalam kesesakan selain berjalan banyak.

Untuk tahun ini nampaknya Lazada menerusi Jualan Mega Riang Ria Raya memberikan lebih sebab untuk anda membeli persiapan perayaan Aidilfitri melalui laman web atau aplikasi mereka — lebih menarik dengan tawaran harian melibatkan potongan sehingga 92%.

Contohnya hari ini kami layari laman web Lazada dan kami terjumpa beberapa tawaran hebat termasuk mesin pembuat jus buah buahan pada harga diskaun 73% dan mungkin peti sejuk baru kami pada harga diskaun 38%. Memang murah gila.

Screen Shot 2016-06-20 at 4.08.46 PM

Baju raya banyak sangat sehingga perlukan almari baru? Jangan risau, Lazada ada pelbagai jenis almari untuk pilihan anda dan suka untuk kami ulang sekali lagi yang diskaun diberikan bukan calang calang — kali ini sehingga 71% pula. Say what?

Screen Shot 2016-06-20 at 4.19.14 PM

Menurut siasatan kami di laman Lazada, mereka menawarkan hampir 1,800 barangan dengan diskaun hebat untuk Jualan Mega Riang Ria Raya kali ini. Apa sahaja yang anda cari dan inginkan untuk melengkapkan raya anda kali ini pasti ada terjual. Namakan sahaja.

Bermula hari ini sehingga 24 Jun (Jumaat), Lazada akan mengadakan Jualan Mega Lazada yang pastinya akan memberikan lebih banyak diskaun kepada semua barangan yang terjual di sana. Tandakan kalendar anda supaya tidak terlepas pula nanti. Saja pesan.

Ini khas untuk wanita di luar sana dan kami tahu anda sukakan barangan kecantikan terutamanya make-up. Lazada memudahkan anda untuk membeli keperluan make-up anda berdasarkan gaya apa yang anda mahukan — romantik, glamor, semulajadi atau pun nakal. Heh.

Screen Shot 2016-06-20 at 4.10.04 PM

Kalau anda seorang yang adventurous, boleh cuba kotak misteri yang ditawarkan pihak Lazada yang akan mengandungi keperluan make-up dari jenama terkemuka seperti Maybelline, L’Oreal dan banyak lagi. Lebih banyak kejutan, lebih baik kan?

Jangan tunggu lama lama lagi, layari laman web Lazada atau muat turun aplikasi mereka untuk telefon bimbit anda untuk memulakan belanja raya anda dan berjimat lebih dengan Jualan Mega Riang Ria Raya tahun ini. Kalau sudi, kongsikan dengan kami apa anda beli.

image

Sebelum kami terlupa, ada satu peraduan khas yang kini sedang berlangsung di laman Facebook kami dan pastinya dengan kerjasama Lazada di mana anda boleh memenangi pelbagai barangan hebat dengan hanya kongsikan kisah menarik Aidilfitri anda. Jom!

FB_RotiKaya_200616

Load disqus comments

0 comments