Monday, June 20, 2016

Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki

Selepas lama menyepi dari radar hiburan, Radhi OAG kini tampil berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nur Shahira Ayu kini sedang hamil dengan usia kandungan selama lima bulan. Bagi Radhi, kehadiran cahaya mata baru ini dianggap sebagai rezeki dari Tuhan sekaligus menjadi pelengkap kepada keluarga kecil mereka.

BACA: Rani Kulup Bakal Cipta Lagu #Kipidap Bersama Radhi OAG

“Alhamdulillah Ayu hamil lima bulan dan mengikut ujian imbasan yang disahkan oleh doktor, bayi dalam kandungan isteri adalah seorang bayi lelaki. Biarpun tidak merancang kehamilan, saya anggap ianya rezeki dari Allah selain daripada memberikan anak perempuan kami seorang teman”

“Pengalaman ketika menanti kelahiran anak pertama agak berbeza kerana Ayu kurang alahan selain mempunyai ketahanan diri yang tinggi apabila masih mampu menjalani ibadah puasa,” katanya kepada Berita Harian Online berkongsi pengalaman kehamilan isteri yang pertama.

Sebelum ini, Radhi dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014, hasil perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Aisyah berusia 2 tahun. Manakala selepas perkahwinan dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif berakhir, mereka mempunyai anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 11 tahun. (rkty/w)

1- Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki - jpeg 2- Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki - jpeg 3- Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki - jpeg 5- Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki - jpeg 6- Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki - jpeg 7- Radhi OAG Bakal Timang Anak Lelaki - jpeg
Load disqus comments

0 comments