Tuesday, November 22, 2016

Adira, Suami Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Usia kandungan yang kini telah mencecah enam bulan, Adira mengesahkan bahawa beliau dan suami tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata perempuan selepas melakukan ujian ultra bunyi baru-baru ini. Bagaimanapun Adira memberitahu, sejujurnya beliau dan suami tidak kisah mengenai jantina bayi sulung mereka, asalkan bayi itu berada dalam keadaan sihat.

BACA: Adira Rancang Bersalin Di Kundasang

“Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada bayi sulung kami adalah lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti. Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan”

“Tetapi apabila usia kandungan mencecah enam bulan saya tidak mengalami alahan tetapi sering mengidam hendak makan kari mamak sampai kadang-kadang tidak mengira waktu. Nasib baik restoran mamak banyak jadi tidak susah untuk mencari makanan tersebut,” katanya kepada portal m Star Online mengenai alahan yang dialaminya ketika hamil.

Dijangka bersalin pada bulan Mac depan, Adira turut merancang untuk bersalin serta berpantang di kampung halamannya di Kundasang, Sabah. Keputusan itu dibuat kerana kesihatan ibunya yang sering sakit tua. Selain itu juga, petua dan nasihat orang tua amat penting ketika berpantang, sekaligus kehadiran ibunya dapat memudahkan urusan berpantang Adira. (rkty/w)

13774568_508732729318862_574873013_n 14515839_1080167012102500_1305382153441247232_n 14582415_642879479216755_3290740733161504768_n 14590922_305060546546613_6064351903347638272_n 14624312_1116581031741221_306866192004415488_n 14733677_265008270562489_8868543202026586112_n
Load disqus comments

0 comments