Siapa tidak kenal Syamsuf Yusof, jika ada filem pasti jika ada babak lagak ngeri, dia akan melakukannya sendiri. Namun nasib tidak menyebelahi pelakon dan pengarah ini apabila bahu kirinya patah ketika melakonkan aksi dalam filem terbarunya.
BACA: Syamsul Yusof Sahkan Isteri Hamil Tiga Bulan
“Semalam selepas terjatuh, bahu saya rasa sakit dan kru membawa saya ke klinik berhampiran. Pada mulanya pihak klinik memberitahu saya hanya retak sedikit sahaja, tetapi pagi tadi bahu saya terlalu sakit dan saya pergi ke Pusat Perubatan Prince Court pula untuk buat pemeriksaan lanjut”
“Doktor mengesahkan bahu kiri saya patah dan perlu berehat daripada membuat sebarang kerja berat, mereka mahu saya dirawat di hospital tapi saya berkeras mahu balik,” jelasnya kepada mStar Online.
Menurut Syamsul lagi, babak yang dilakukannya itu adalah babak mudah namun tidak menolak kemungkinan faktor usia juga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan tersebut. Tambahnya lagi, dia tidak mahu berehat panjang bagi mengelakkan penggambaran filemnya itu terjejas. (rtky/s)
0 comments