Tuesday, June 20, 2017

Zarina Anjoulie & Bekas Suami Perang Besar Di Instagram

Tatkala Aidilfitri menjelang tiba, nampaknya berlaku sedikit perselisihan faham di antara Zarina Anjoulie dan juga suaminya. Menurut kenyataan bekas suaminya, dia bertindak demikian kerana Zarina berkongsikan kepada orang ramai tentang perbualan mereka.

Selain turut mendakwa Zarina memburukkan keluarganya, bekas suami Zarina juga dilihat turut membuka kisah lama tentang pelakon wanita berkenaan.

Bekas suaminya itu dalam masa yang sama menceritakan perangai sebenar Zarina melalui Instagram Stories yang dikatakan turut memburukkan nama keluarganya. Bagaimanapun perkara berkenaan dihadapi dengan tenang oleh pelakon wanita tersebut.

Sementara itu, Zarina dalam muatnaik gambar terbaru di laman Instagram menyatakan bahawa apa yang dilakukannya kini adalah bersumberkan wang yang halal, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Malah dia turut menyarankan agar bekas suaminya itu menjadi stokis di Brunei untuk produk yang diusahakannya kini.

Semoga persengketaan sebegini dapat diakhiri dengan baik dan lebih baik rasanya jika kedua dua pihak sendiri simpan mesej yang dibualkan. Bertindaklah sebagai seorang dewasa kerana saling tuduh menuduh tidak akan membawa apa apa kebaikan melainkan lebih banyak aib yang akan terbuka. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments