Friday, May 27, 2016

Stacy AF Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami

Tidak lama lagi semua umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pastinya suasana bulan puasa kelihatan sama bagi orang lain. Tetapi bagi Stacy AF, kali pertama menyambut kedatangan bulan Ramadhan terasa begitu teruja sejak beliau bergelar Muslim.

BACA: Gambar Sekitar Bulan Madu Akim Ahmad & Stacy AF Di Dubai

“Berbeza sebelum mendalami Islam, kalau boleh saya nak tunggu hari raya saja sebab kawan-kawan saya sememangnya ramai beragama Islam. Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah”

“Tidak susah nak jaga Akim sebab dia tidak terlalu cerewet soal makan. Bulan Ramadan nanti saya tetap akan masakkan menu kegemarannya seperti masak asam pedas, masak lemak ayam dan masak asam rebus nanas. Kalau tidak punyai masa, barulah kami akan ke bazar Ramadan,” katanya kepada m Star Online.

Pada masa yang sama, Stacy turut berkongsi pengalamannya sebelum ini apabila beliau cuba untuk berpuasa pada tahun lalu sehingga mengalami demam dan sakit kepala akibat terlalu lemah dan kekurangan air. Namun baginya, ia merupakan satu pengalaman berharga buat beliau kerana dapat merasai nikmat berpuasa. (rkty/w)

1- Stacy Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami - jpeg 2- Stacy Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami - jpeg 3- Stacy Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami - jpeg 4- Stacy Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami - jpeg 5- Stacy Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami - jpeg 6- Stacy Tak Sabar Tempuh Ramadan Pertama Bersama Suami - jpeg
Load disqus comments

0 comments