Oleh Ina Mohd. Sumber Entreprenuer.
Walaupun anda bekerja diwaktu pejabat sebenarnya anda boleh membuat kerja tambahan atau selalu digelarkan partime job. Bayangkan anda bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, pasti ada sedikit terbit rasa bosan atau sampai bila anda perlu makan gaji. Sebenarnya anda boleh buat dua, tiga kerja pada waktu yang sama.
Cumanya samada anda boleh displinkan diri atau sanggup hadapi apa jua rintangan. Contohnya anda akan penat otak dan juga badan kerana fikir lebih daripada satu kerja. Kami beri cadangan buat anda yang mahu mencari pendapatan tambahan. Anda perlu fikir sedalam-dalamnya supaya anda tidak menyesal kelak terutama kalau memilih perniagaan.
Keperluan
Anda perlu fikir apa yang sedang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Contohnya makanan. Anda boleh jual lauk pauk secara penghantaran, kuih muih yang boleh dibekukan atau sebagainya. Kalau makanan menjadi pilihan anda, cari makanan yang memang menjadi permintaan yang banyak. Atau makanan yang unik tetapi perlulah enak.
Jual apa yang anda tahu
Kalau dalam bidang perniagaan, sekiranya anda pilih perniagaan yang anda tidak tahu, memang membahayakan diri. Silap haribulan boleh bankrup. Jadi kalau anda mahu membuka perniagaan, buka perniagaan yang anda tahu apa yang hendak anda jual.
Urus akaun sosial media
Anda pakar dalam sosial media? Ini peluang terbaik untuk menambahkan pendapatan anda. Tidak susah sebenarnya. Ada banyak syarikat besar mahu pun kecil memerlukan mereka yang pakar dalam bidang sosial media untuk mempromosikan produk mereka. Jadi, apa kata anda cuba buat permohonan. Mana tahu dapat pendapatan lebih.
Blog
Menulis blog adalah salah satu pendapatan tambahan sekiranya kena dengan gayanya. Kami bagi contoh, Budiey, Redmummy, antara blogger yang popular. Ternyata pendapatan mereka memang mengkagumkan. Pastikan anda menulis blog isu-isu yang sedang tren. Selamat mencuba!
0 comments