Baru-baru ini suami terkantoi ada perempuan lain. Mula-mula saya rasa tak sedap hati, jadi saya bertanya kepadanya.
"Abang pernah buat salah di belakang saya?"
Tetapi dia enggan mengaku. Allah maha kuasa, saya stalk Facebook bekas kekasih suami dan terbaca statusnya tentang hubungan dia dengan suami. Sesekali dia ada juga memerli saya.
Hati saya pada masa itu hancur berkecai. Akibat terlampau marah, saya memaki hamun wanita itu. Segala kata-kata kesat telah saya lemparkan kepadannya kerana dia seolah-olah bangga dapat menggoda suami saya.
Masa itu, saya mengandung 7 bulan, anak sulung. Oleh kerana saya mengalami alahan yang teruk, saya minta suami hantar saya balik ke kampung.
Bila saya mengetahui hal sebenar, saya mesej wanita itu melalui WhatsApp dan memaki hamunnya kerana dia yang memulakan hal ini dulu dengan mengatakan saya perempuan bodoh, hodo dan budak kampung.
Dia mengamuk menyuruh saya meminta maaf kepadanya. Padahal dia yang menganggu suami saya. Adakah saya yang bersalah dalam hal ini?
Suami saya? Dia tetap berfoya-foya dengan wanita itu dan saya pula diabaikan, dilayan dengan teruk, ditengking dan tidak diberikan nafkah. Padahal dia ada duit dan belikan macam-macam untuk wanita itu.
Suami juga pernah bawa wanita itu ke rumah sewa kami tetapi dia memberitahu mereka tidak berbuat apa-apa. Saya tahu dia berbohong. Persoalannya sekarang, adakah saya yang perlu meminta maaf pada wanita ini kerana saya telah memaki hamunnya sedangkan dia yang mula menganggu rumah tangga saya?
0 comments