Wednesday, June 1, 2016

Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak

Walaupun berstatuskan ibu tunggal, Fasha Sandha akui beliau tidak pernah merasa terbeban dengan tekanan itu, walaupun terpaksa bersendirian menjaga anak-anaknya sejak berpisah dengan bekas suami. Dengan itu beliau merangcang untuk mengambil cuti panjang pada tahun depan untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

BACA: Fasha Sandha Tiada Niat Menggoda Melalui Selfie

“Saya anggap segala yang kita miliki hanya pinjaman, begitu juga dengan hubungan antara manusia serta harta benda. Saya cuba tenangkan diri supaya tidak berdepan dengan tekanan apatah lagi sedari dulu saya sudah melalui pelbagai fasa dalam hidup. Saya percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah. Jadi tidak perlu kita menyalahkan takdir.

“Syukur tawaran demi tawaran saya raih sejak awal tahun ini. Boleh dikatakan rezeki anak-anak sentiasa ada. Cuma dalam kesibukan saya tetap memperuntukkan waktu berkualiti bersama mereka. Mungkin tahun depan kami berpeluang bercuti bersama-sama,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai pengalaman pertama menjalani Ramadhan dan menyambut Aidilfitri tanpa suami, Fasha menjelaskan bahawa dirinya sudah bersedia menantikan bulan yang mulia itu bersama anak-anak. Walaupun tanpa suami, baginya sambutan itu lebih bermakna jika dikelilingi keluarga tersayang. (rkty/w)

1- Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak - jpeg 2- Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak - jpeg 3- Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak - jpeg 5- Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak - jpeg 6- Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak - jpeg 7- Fasha Sandha Mahu Cuti Panjang, Luang Masa Dengan Anak - jpeg
Load disqus comments

0 comments