Thursday, June 2, 2016

SAYU, BAPA MUDA PIMPIN TANGAN ANAK KECIL BERJALAN DARI SATU KEDAI KE SATU KEDAI CARI KERJA


Hidup ini adakala kita di atas dan di bawah, kadang-kadang kita senang dan kadang-kadang kita susah, apa pun ia adalah lumrah kehidupan seorang rakyat Marhaen.

Tidak dapat dinafikan, semakin maju negara kita kehadapan semakin tinggi cabaran yang perlu kita tempuhi, dengan kos sara hidup yang meningkat, peluang pekerjaan pula semakin kurang, ramai yang menganggur.

Apa pun, dalam situasi sebegini, buanglah rasa untuk memilih pekerjaan, kerja dulu mana yang boleh sebelum dapat kerja yang setaraf dengan apa kita ada.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Aida Sue di laman Facebooknya kisah seorang bapa muda yang keluar mencari pekerjaan sambil memimpin tangan anaknya.

Jom kita baca kisah yang dikongsikan oleh beliau.




Korang! jom bantu bapa muda ini mencari kerja. :'( Sedih gila dah ni. Bantu share sekali!

Saya baru sahaja menyaksikan satu kejadian sedih kejap tadi sekitar jam 3 petang. Mungkin amat sedih bagi saya sebab pertama kali berlaku kisah macam ni dekat saya sendiri. :'(

Seorang bapa muda sekitar awal 30an ( Abang Asrul ) dengan anak perempuan beliau yang masih kecil berumur sekitar 5-6 tahun berjalan dari satu kedai ke satu kedai di hinggalah beliau singgah ke studio fotografi kami (Elenore Studio ) di Wangsa Melawati untuk mencari kerja.

Serius panas sangat keadaan dekat luar studio. Saya jemput abang Asrul masuk mula-mula, tapi dia segan. Abang tu masa bertanya dekat saya, saya nampak muka dia betul-betul menahan malu, dengan muka anak dia yang nampak penat.

Ya Allah, sedih betul hati saya masa tu. Saya terus panggil boss saya untuk berjumpa abang tu maybe boleh do something ke (and thank you bosses for being generous kerana Allah swt tadi ).

Abang Asrul sebelum ini bekerja sebagai pemandu peribadi tetapi dah ditamatkan kontrak kerja. Anak beliau ada 4 orang masih kecil lagi dan isterinya sedang mengandung. Dia kini menyewa bilik kecil di area rumah kedai berhampiran Setapak Sentral Mall, Kuala Lumpur. Mempunyai motor sebagai kenderaan.

Saya tak sure kalau ada kedai/syarikat/pihak mana-mana yang sudi bagi dia kerja ASAP tetapi abang tu kata dia tak kisah apa-apa kerja pun, asalkan ada kerja. Please rakyat Malaysia, let's help him, for his family and his daughter. He needs us especially nak dekat puasa dan raya ni. This is his number ASRUL - 01123681982 ( saya dah minta izin abang tu untuk share nombor telefonnya di public )
Load disqus comments

0 comments