Monday, October 24, 2016

Masa Nak Bersalin Baru Tahu Yang Dia Mengandung, Ingatkan Sakit Perut Biasa

Imej dari FB Kerry Kavanaugh FOX25

Ketika bangun pagi, tiba-tiba Ileana Martinez, 23, mengalami kekejangan yang teruk di bahagian perut. Dia kemudiannya dikerjakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Kakak kepada Ileana menyangka dia menghidap sista ovari atau ovary cyst. Selepas menjalani ujian ultrasound dia mendapati rupa-rupanya dia telah 15 minggu mengandung.

Ujian ultrasound yang kedua lebih mengejutkan lagi. Ileana telah dimasukkan ke wad bersalin dan ketika itu baru dia mendapat tahu rupa-rupanya kandungannya sudah mencecah 36-38 minggu dan air ketubannya telah pun pecah.

Ileana Martinez tidak mengalami simptom normal kehamilan – selain dari merancang kehamilan, kitaran haidnya juga datang seperti biasa serta berat badan hanya naik sebanyak 5 pound.

Imej dari FB Kerry Kavanaugh FOX25

Screen Shot 2016-10-24 at 4.52.30 PM

Sumber: FOX25

Load disqus comments

0 comments