Bukan kali pertama mahu pun kali kedua, pengacara dan juga pelawak Nabil Ahmad nampaknya kini sekali lagi menarik minat orang ramai apabila dikatakan berlawak tidak kena pada tempatnya. Perkara tersebut dilakukan Nabil sewaktu mengacara program realiti Gegar Vaganza.
BACA: Nabil Ahmad Mengaku Tidak Pandai Berlakon
Dalam siaran tersebut, Nabil telah mengeluarkan kenyataan – Macam ni punya cantik pun berpisah jua, yang ditujukan kepada Elly Mazlein selepas selesai persembahan. Seperti mana yang mana kita tahu, Elly sedang berusaha dalam mendapatkan semangat baru selepas sahaja bercerai dengan bekas suaminya, Azmi Hatta.
Nyata lawak yang diucapkan Nabil tersebut mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan warga laman sosial. Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.
Bagaimanapun, Elly Mazlein ketika itu dilihat bijak mengawal suasana dan kami rasakan penyanyi wanita itu sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sementara itu, pastinya Nabil pun ada jawapan tersendiri – sudah termaktub dalam kontrak mungkin lawak sedemikian.
Apa pun, insiden tersebut dalam masa yang sama sebenarnya turut membuatkan orang ramai tidak berhenti bercakap mengenai program tersebut. Setinggi mana kebencian orang ramai terhadap jenaka Nabil pun, mereka akan terus menonton sehingga final, sama seperti dua musim sebelum ini. (rtky/s)
Gambar Ihsan: Sharpshooter_Photographer
0 comments