Monday, October 24, 2016

Bun Semasa Perang Dunia Pertama Masih Sempurna Biarpun Sudah 100 Tahun

Screen Shot 2016-10-24 at 5.54.37 PM

Bun mentah yang berusia 100 tahun telah ditemui. Biarpun bun tersebut sudah berusia 100 tahun, namun bentuknya masih dalam keadaan yang sempurna.

Menurut laporan mirror.co.uk, roti tersebut telah dihantar oleh Lily Poston kepada adiknya Prebet Alex namun ia tidak pernah sampai ke tangan Alex.

Bun tersebut telah dikembalikan kepada Lily dan ianya disimpan di dalam sebuah kotak selama beberapa dekad.

Difahamkan, kotak tersebut telah diwarisi kepada anak Alex iaitu Hazel yang kini berusia 84 tahun. Kata Hazel, ketika makciknya meninggal dunia, kotak tersebut telah diwariskan kepadanya. Namun dia tidak pernah tahu apa di dalamnya sehinggalah dia membuka kotak tersebut.

Sebagai peringatan terhadap bapanya yang meninggal dunia sewaktu berjuang di perang dunia pertama, Hazel mengambil keputusan untuk mendermakan bun tersebut keada muzium di bandar itu.

PAY-I161021_132808_237677oTextTRMRMMGLPICT000102882313o

Sumber: mirror.co.uk

Load disqus comments

0 comments