Kehadiran iklan dan juga cara pemasaran oleh Aliff Syukri tidak dinafikan mengundang pelbagai reaksi berbaur peminat namun bagi dirinya, apa yang dilakukan adalah demi kelangsungan hidup dan juga jenama kosmetik yang dibawanya.
BACA: Aliff Syukri Beli Kucing Harga RM30,000
“Orang kita hendak tengok dua benda saja iaitu paling hebat dan paling teruk. Orang Malaysia suka lain daripada yang lain, pada mula kemunculan, saya pakai baju kilat-kilat walaupun orang kata saya gila, saya tidak ada masalah”
“Orang boleh mengata dan mengutuk, yang penting poket saya tebal. Ini perancangan pemasaran, saya tidak boleh tutup mulut orang kerana yang penting orang tahu mengenai saya dan perkembangan saya”
“Saya tidak perlu kisah apa orang cakap tapi saya perlu kisah macam mana pendapatan saya,” katanya kepada Harian Metro. Kata Aliff, apa yang lebih penting baginya adalah untuk mencari rezeki halal untuk keluarga selain memberi keutamaan kepada bayaran zakat dan juga cukai. (rtky/s)
0 comments