Sunday, May 1, 2016

"OWNER HONDA ACCORD MCM 969, TERIMA KASIH MEMANGGIL SAYA 'MELAYU ANJING' ...."



Pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi saya telah pergi ke sebuah Restoran Soto Seksyen 8 Shah Alam untuk membeli sarapan...selesai membayar saya menuju ke kereta untuk pergi ke tempat kerja...setelah masuk ke dalam kereta, datang sebuah Honda Accord MCB 969 parking di sebelah saya. Keluar sorang pak cik tua dalam lingkungan 60-an bersama anak perempuannya. Tiba² saya terasa kereta saya seperti bergegar ketika anak perempuan si tua membuka pintu kereta. Tanpa berkata apa² saya cuma membuka tingkap dan melihat kereta saya.

Rupanya si tua tu tidak berpuas hati dan terus menyergah saya "apa pandang² ?". Saya pun mula keluar dari kereta dan menyatakan yang saya nak lihat kereta saya. Saya beritahu si tua yang anaknya membuka pintu kereta dan bergesel dengan kereta saya...si tua terus naik angin dan memaki saya "ni melayu Anjing, baru naik Estima dah berlagak, esok kau mampus takkan boleh bawak ke kubur".

Saya pun terus menjawab kenapa encik cakap macam ni....sepatutnya saya yang patut marah sebab kereta saya yang bercalar. Bukannya encik nak minta maaf sebab calarkan kereta saya ni encik pulak yang memaki saya"...si anak pulak terus nenyumpah saya kerana bersikap kurang ajar dengan bapanya bila saya berani menjawab pada bapanya. Si tua pula terus meluru ke arah saya dan menyoal "kau nak apa" berulang² kali.

Bayangkan sedih betul saya tengok keadaan si tua tu...di saat rumah kata pergi, kubur kata mari...si tua tu masih berupaya untuk memaki dan "menganjingkan" saya. Saya betul² tak kisah kalau yang berkelakuan macam tu orang yang muda tapi terkilan betul dengan sikap si tua yang bersikap sungguh biadap. Mungkin dia ingat saya ni seorang perempuan, so dengan rasa bangga dia memaki saya.

Setakat calarkan kereta saya memang saya tak kisah pun dan tak terfikir langsung untuk dapatkan ganti rugi cuma saya sungguh hairan dan terkejut...si tua yang seusia ayah saya sungguh bijak memaki dan menutup kesalahan anaknya mengesel kereta saya dengan cara menyerang dan menyergah saya.

Kepada si tua owner Honda Accord MCB 969....saya doakan moga encik di beri hidayah Allah....sepatutnya encik menjadi contoh yang baik buat anak, cucu, cicit dan keturunan yang akan datang tetapi malangnya dan kasihannya la keturunan encik sebab punyai bapa, datuk dan moyang yang hebat dan bangga untuk memaki orang lain.

Minta maaf sangat² ye encik yang tua kerana terpaksa bersikap berani dan berkata agak kasar setelah encik memaki saya. Saya tak akan simply mengeluarkan kata² kesat pada sesiapa terutamanya orang tua kerana saya seorang yang terpelajar dan didikan agama ibu-bapa saya juga cukup untuk saya menghindari sikap buruk seperti encik.

Seperti biasa juga si anak perempuannya telah mengambil gambar kereta saya. Mungkin untuk diviral kan kuttt. Anyway saya tak pernah takut dan saya ucapkan selamat berjaya.

Kepada sesiapa yang mengenali si tua dan anak perempuannya yang telah memaki dan "menganjingkan" saya moga dapat memberi sedikit nasihat agar dapat dijadikan bekalan di alam barzakh nanti. Moga si tua ini di beri peluang dan ruang keinsafan. SUMBER
Load disqus comments

0 comments