Tuesday, May 3, 2016

PERSIAPAN SUDAH 70%, HAFIZ SUIP BERGELAR SUAMI 14 MEI (3 GAMBAR)



SETELAH lebih setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Hafiz Suip mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 Mei ini.



Menurut juara program Akademi Fantasia musim ke-7 ini, segala persiapan menjelang hari bahagianya sudah hampir siap 70 peratus.

“Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin saya berasa gementar. Pada masa sama, macam-macam cabaran yang datang. Bagaimanapun saya anggap ia perkara biasa dilalui bakal suami seperti saya.

“Apabila bertemu sesiapa pun, andainya soal kahwin yang dibicarakan, ia menambah tekanan. Apa pun, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini. Diharapkan, apa yang dirancang kelak akan berjalan lancar. Insya-ALLAH,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Hafiz dan Nureffy Jesreel Abdullah mengikat tali pertunangan pada Februari bulan lalu setelah menjalinkan perkenalan lima tahun lalu sebelum Hafiz bergelar penyanyi.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia tertarik dengan gadis sama negeri dengannya itu kerana sikapnya yang lemah lembut, matang dan menghormati orang tua.
Load disqus comments

0 comments