Sunday, May 1, 2016

UPDATE: ISU 'PERASAN HOT GILA BABI' DI SABAH, LIYANA JASMAY TAMPIL BERI PENJELASAN


SUSULAN kenyataannya yang dikatakan seakan memperlekeh orang Sabah, pelakon Liyana Jasmay tampil memohon maaf sekiranya perkara itu mengguris hati dan perasaan penduduk di negeri bawah bayu.

BACA: LIYANA JASMAY KATA SUAMINYA JADI PERHATIAN DI SABAH, ORANG SABAH CAKAP 'PUNYA PERASAN !'

Menurut Liyana, 28, dia hanya sekadar berkongsi pengalaman tanpa berniat mahu mengguris hati mana-mana pihak.

“Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu.

“Begitu juga dengan peminat yang ingin mengambil gambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran,” jelasnya kepada BH Online.

Sebelum ini, Liyana mengeluarkan kenyataan bahawa dia takut untuk keluar berjalan-jalan di Sabah kerana pernah melalui pengalaman menakutkan diekori peminat di sana.

Susulan kenyataan terus-terangnya itu, penduduk Sabah mengkritik pelakon wanita tersebut dengan pelbagai kecaman.

Aktres yang mempunyai dua anak perempuan itu berharap penjelasannya dapat merungkai salah faham mengenai isu terbabit. 
Load disqus comments

0 comments