Faizznur Bakal Saman Malu Terhadap Kakaknya Setelah Dituduh ‘Songlap’ Duit
Akmal, peguam kepada Faizznur, bapa saudara anak mangsa nahas Duke, pihaknya mempunyai segala bukti untuk menangkis segala tuduhan yang dikemukakan oleh kakak Faizznur iaitu Yusnida Hussain.
Kata Akmal, pihaknya mempunyai bukti-bukti seperti slip transaksi bank dan rekod-rekod lain bagi membuktikan dakwaan sebenar terhadap Faizznur.
Akmal juga berkata pihaknya akan saman malu terhadap Yusnida dan suaminya berikutan tuduhan pecah amanah yang dibuat ke atas Faizznur.
Ini komen peguam Faizznur:
“Duit sumbangan (orang ramai) masih ada. Tidak ada masalah tentang itu.
Kami sedang bersedia mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah nanti,”
“Kami akan keluarkan saman malu selepas notis tuntutan dikemukakan kepada Yusnida dan suaminya.
“Sidang media yang diadakan telah mengemukakan tohmahan yang tidak berasas dan kami punya bukti yang sangat kukuh bahawa Muhammad Faizznur tidak bersalah,”
“Orang ramai yang tidak tahu hal sebenar telah mengecamnya menerusi media sosial.
“Muhammad Faizznur juga menerima ugutan bunuh selepas dakwaan Yusnida tersebar di media sosial,”
Menurutnya lagi, tindakan Yusnida mengadakan sidang media baru-baru ini hanya memburukkan keadaan dan mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan ketika itu.
Akibat daripada tindakan Yusnida, Faizzur dan keluarga berdepan ugutan dan ancaman oleh masyarakat sekeliling.
Pihak Faizznur akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan perkara sebenar. -PENMERAHDOTCOM
Sumber: SinarHarian
The post Faizznur Bakal Saman Malu Terhadap Kakaknya Setelah Dituduh ‘Songlap’ Duit appeared first on PenMerah.com.
0 comments