Wednesday, October 5, 2016

Mufti: Suami Isteri Dilarang Intim Di Khalayak Ramai

Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataan menegah pasangan suami isteri untuk berkongsi gambar intim mereka di laman sosial kerana perkara tersebut dilarang dalam ajaran Islam. Jelas Datuk Mohamad Shukri Mohamad, keintiman seharusnya dilakukan di tempat yang sesuai.

BACA: “Dia Isteri Saya Yang Halal, Ada Masalah?”

“Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang”

“Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, ” jelasnya kepada mStar Online tanpa merujuk kepada mana mana pihak dan perkara tersebut adalah nasihat kepada semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada barisan selebriti sahaja.

Baru-baru ini, perkongsian gambar intim oleh Awal Ashaari dan isteri serta Che Ta dan suami menjadi perhatian ramai malah ada segelintir warga laman sosial menyifatkan perkara tersebut tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments