Mengakui tidak pernah serik untuk bercinta, pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus menjelaskan bahawa kehadiran pelakon baru, Raja Afiq sebagai kekasihnya ketika ini adalah kerana sifat matang dan berbudi bahasa.
BACA: Demi Maruah, Anis Al Idrus Elak Kongsi Gambar Cinta
“Ya, dia kekasih saya. Serik atau tidak bercinta dengan artis itu bukan persoalan. Apa yang terjadi antara saya dan dia tidak dirancang. Kisah lama saya juga sudah terpadam dan tidak perlu diungkit lagi”
“Walaupun umurnya masih muda, namun perangai dan kelakuannya sangat matang,” katanya kepada BH Online. Jelas sekali kehadiran Afiq dalam kehidupan Anis memberi cahaya untuk pasangan ini melangkah ke peringkat yang serius.
Apa pun, semoga segala rancangan Anis dan juga Afiq akan dipermudahkan. Impian pasangan bercinta pastinya ingin diakhiri dengan ikatan yang sah. (rtky/s)
0 comments