Oleh Ezaura Rafe
Tempat tidur sepatutnya menjadi tempat yang paling selesa dan bersih dari kuman. Tetapi tempat tidur yang tidak dibersihkan mahupun dijaga boleh dijangkiti kuman ataupun kutu busuk.
Apabila hal ini berlaku, hal pertama yang anda perlu lakukan ialah mencuci kesemua pakaian anda dengan baking soda atau cuka. Semua perabot kayu di rumah perlu diperiksa kerana mereka lebih membiak di mabel kayu.
Dibawah ini adalah cara untuk membasmi kuman mahupun kutu jika ia tersebar di rumah anda :
Garam
Garam boleh membunuh kutu di tempat tidur anda. Taburkan sedikit di tempat tidur anda dan ia akan membunuh secara langsung.
Cuka
Percikkan sedikit cuka di tempat tidur anda untuk membunuh kutu di tempat tidur.
Jus Bawang
Hancurkan bawang dan ambil airnya, bawang yang tajam boleh mematikan mereka.
Minyak Lavender
Bau dari bahan ini boleh membantu membunuh dengan singkat. Untuk cara yang efektif, letak lavender kering dalam kain dan letakkannya di tempat tidur anda.
0 comments