Hebat juga suami Adira. Melalui kenyataannya sebelum ini, memang gayanya Ruhainies bakal menjadi isteri ketiga namun bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menyatakan perkara sebaliknya.
BACA: “Saya Macam Automatik Peluk, Pegang Tangan Dia”
“Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya,” jelasnya selain turut menafikan bahawa dia merupakan dalang kepada penyebaran video mesra.
Malah Datuk Red juga menyatakan rasa simpati terhadap Ruhainies di atas perkara tersebut. Bagaimanapun Datuk Red juga percaya terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej dirinya melalui rakaman video tersebut.
“Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira”
“Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka,” katanya. Adnan sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila mengahwini Adira secara rahsia pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Selain Adira, Adnan juga mempunyai seorang lagi isteri, yang hanya dikenali sebagai Datin Red. (rtky/s)
0 comments