Pernah ditertawakan kerana memasang niat untuk kumpul duit kahwin dengan hanya mengumpul duit syiling.
Atas berkat usaha dan displin, akhirnya Muhammad Helmy dari Singapura berjaya membuktikan pada semua yang dia mampu mengumpul lebih $6,000 (RM17,925) dalam tempoh setahun lebih.
Kisah kejayaannya itu telah dikongsikan Facebook dengan tujuan memberi semangat kepada yang lain untuk mula menabung, tak kisahlah untuk perkahwinan mahupun untuk tujuan lain.
Diharap dengan perkongsian ini akan membakar semangat anda untuk menambung walaupun sedikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, ingat tu!
Sumber: FB Muhammad Helmy
0 comments