Penyakit gusi ialah jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi. Penyakit gusi boleh melibatkan sebatan gigi atau lebih. Penyakit gusi disebabkan oleh bakteria di dalam plaque (selaput gigi yang melekit dan tidak berwarna).
Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plaque boleh bertamba dan menjadi keras untuk membentuk tartar. Bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi.
Jika proses ini berterusan, gigi akan menjadi semakin longgar. Poket gusi iaitu sesuatu ruang akan terbentuk di antara gigi dan gusi. Keadaan ini akan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.
Siapa Yang Berisiko?
Penyakit gusi boleh memberi kesan kepada mana mana kumpulan umur, terutamanya :-
- Merokok atau mengunyah tembakau
- Penyakit seperti kencing manis
- Gigi serong dan tidak teratur
- Tampalan gigi yang telah rosak
- Kehamilan atau penggunaan pil pencegahan hamil
Tanda-Tanda Penyakit Gusi
- Gusi merah, bengkak dan lembut
- Gusi berdarah sewaktu memberus gigi
- Gusi menyusut dari gigi
- Nafas berbau ata rasa yang tidak menyenangkan di dalam mulut
- Wujud ruang di antara gigi
- Gigi longgar
Bagaimanakah Cara Merawat Penyakit Gusi?
- Peringkat awal penyakit gusi boleh dirawat dengan members gigi dan floss dengan betul setiap hari.
- Penjagaan kesihatan gigi yang baik akan mencegah pembetukan plaque.
- Pembersihan secara professional oleh doktor gigi adalah satu satu nya cara untuk menanggalkan plaque yang telah mengeras menjadi tartar.
- Jika keadaan menjadi teruk, prosedur membersihkan akar gigi boleh dibuat. Akar gigi yang bersih dan rata dapat mengelakkan plaque dari melekat pada permukaan.
- Jika keadaan anda lebih kronik, dapatkan rawatan lanjut dari pakar pergigian anda.
Apakah Yang Anda Boleh Lakukan Supaya Gusi Sentiasa Sihat?
Masalah gusi boleh diatasi melalui amalan rutin penjagaan mulut secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa langkah berguna sebagai panduan :-
- Berus gigi tiga kali sehari dengan ubat gigi yang memberikan perlindungan antibakteria.
- Bersihkan ruang di celah gigi dengan menggunakan floss gigi.
- Jauhi amalan merokok dan alkohol.
- Amalkan pemakanan yang seimbang.
- Melawat doktor gigi sekerap yang mungkin.
The post Apakah Itu Penyakit Gusi? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments