Friday, September 9, 2016

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Aliff Aziz dan juga isterinya Bella Astillah kerana telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam.

BACA: Bakal Nikah Selepas Aidilfitri, Aliff Aziz Tak Harap Tajaan

Pada majlis tersebut juga, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. sementara atas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Majlis resepsi yang bertemakan English Royalty tersebut akan diadakan di Menara Top Glove, Setia Alam pada sebelah malam dan dijangkakan kira-kira 1,000 tetamu akan hadir.

Memetik temubual portal The New Paper, kisah percintaan pasangan ini sememangnya mencabar kerana pada awalnya ibu Bella tidak berkenan dengan Aliff Aziz malah turut tidak mempercayai Aliff. Bagaimanapun, kesungguhan Aliff berubah kepada yang lebih baik membuatkan pasangan ini akhirnya sah bergelar suami isteri.

“Ibu pada mulanya tidak berminat dengan dia. Ibu tahu sejarah Aliff dan beritahu saya bahawa dia tidak percayakan Aliff. Kadang-kadang tengok pun tak nak. Ia agak sukar tetapi rasanya sekarang ibu akhirnya dapat melihat keikhlasan dari Aliff sendiri,” jelas Bella kepada portal berkenaan.

Sementara itu bagi Aliff pula, dia bersyukur dengan kehadiran Bella di dalam hidupnya kerana telah banyak perkara yang telah berubah. Malah penyanyi turut menyatakan bahawa antara sebab dia dilahirkan adalah untuk dipertemukan jodohnya bersama Bella.

Apa pun, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Kami kongsikan beberapa keping gambar menarik buat anda sepanjang majlis pernikahan dan juga majlis berinai pada malam sebelumnya. Enjoice! (rtky/s)

Gambar Ihsan: @zakustudio / @republicofmemories / @rbcinfinite / @cinestylesingapore

7-aliff-aziz-bella-astillah-selamat-bergelar-suami-isteri-rotikaya 6-aliff-aziz-bella-astillah-selamat-bergelar-suami-isteri-rotikaya 5-aliff-aziz-bella-astillah-selamat-bergelar-suami-isteri-rotikaya 3-aliff-aziz-bella-astillah-selamat-bergelar-suami-isteri-rotikaya 2-aliff-aziz-bella-astillah-selamat-bergelar-suami-isteri-rotikaya 1-aliff-aziz-bella-astillah-selamat-bergelar-suami-isteri-rotikaya 14145526_205054089911561_1575046496_n 14156642_1056378401082186_800050670_n 14269091_1578572699115273_761806933_n 14276464_1778082179146036_565342016_n 14278986_1414947242138168_414695359_n 14280491_2085380781687843_641799130_n 14280603_521293674730395_835266390_n 14288050_1691576594497291_1943749671_n 14294938_1573416459632902_1735385760_n

Load disqus comments

0 comments