Wednesday, September 28, 2016

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Langsung Tak Pernah Jenguk Anak

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Langsung Tak Pernah Jenguk Anak

ely

Elly Mazlein telah membuka cerita tentang bekas suaminya iaitu Azmi Hatta yang dikatakan langusng tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.

Elly berkata dia tidak kecewa dengan tindakan suaminya itu kerana dia sudah biasa hidup sendiri sejak diceraikan ketika Putri Sara masih dalam kandungan pada Oktober tahun lalu.

Ini komennya:

“Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya.

“Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan. Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali. Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah.

“Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya. Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,”

“Sejak diceraikan ketika hamil tiga bulan, saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak. Malah selepas bersalin, saya mencuba untuk memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu juga dengan bapa saya yang terlalu menyayangi cucunya.

“Semua perkara berkaitan anak saya lakukan sendiri. Pendek kata saya memang berdikari. Disebabkan itu saya sudah terbiasa hidup sendirian,”

Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika Elly hamil tiga bulan. Penyanyi ini selamat bersalin pada 9 Mac lalu diberi hak penjagaan anak. -PENMERAHDOTCOM

The post Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Langsung Tak Pernah Jenguk Anak appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments