Manfaat Sepenuhnya Waktu Dhuha, Ini Pengalaman Seorang Gadis
Solat Dhuha memang banyak kebaikannya. Seorang pelajar telah mengamalkan solat dhuha ini dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaannya.
Memang gadis ini terkejut tetapi itulah hakikatnya.
Jom baca pendedahan gadis ini yang berkongsi pengalamannya di IIUM Confession.
Baru Form 5
Assalamualaikum encik puan adik semua, sini aku nak berterima kasih dekat admin yg siarkan confesa ni dan kepada semua para pembaca. Harap kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-Nya.
Okey tajuk aku kali ni is Manfaatkan waktu duha. Waktu duha yg always kau miss dengan waktu tidur kau Haha. That’s true right? Before aku nak start bagi ceramah ni aku nak kenalkan diri aku dulu.
Aku ni Baru form 5. Spm tak lama lagi huhuh. Semangat! Aku dah lepas trial aku dengan semua gred A. Lagi Better than exam pertengahan tahun aku yg takda A langsung huhu. Okey aku lelaki. Lelaki yg sejati gituh, okey sesi perkenalan dah habis. Maka bermulalah…..
Okey gais, bagi seorang penuntut ilmu yg inginkan kejayaan ni memerlukan usaha dan ikhtiar yg kuat. Pelbagai cara yg kita telah lakukan untuk mencapai kecemerlangan. Tapi, kadang kita pelik, timbul banyak persoalan kat diri kita yg rasa dah berusaha sebaik mungkin tetapi still tak dapat gred bagus, tak lulus, dan seumpamanya.
Mula Give-up
Kita pun giveup, kalah dengan kegagalan. Kecuali org yg tidak berputus asa akan berusaha mencari jalan yg benar untuk mencapai sesuatu yg lebih baik bukan? Aku pernah semasa aku hadap exam pertengahan tahun aku yg gagal teruk sangat. 4 gagal 3 C haha. Padahal aku berjage sampai lewat mlm untuk ulangkaji dn hafal pelajaran aku. Tapi, sikit pun tiada perubahan maksimum untuk usaha aku ni. Adakah ade waktu yg lebih berkat untuk aku lakukan sume ni?
Manfaat Dhuha
Syukur Allah bagi aku petunjuk untuk bangun pagi dengan mengulang kaji pelajaran dan mengerjakan solat tahajjud dan solat Duha. So lepas belajar dari kegagalan aku try manfaatkan sepenuhnya waktu duha ni. Jangan kita biasakan bangun pagi hanya waktu sekolah dll atau kerja je, namun pastikan sentiasa bangun awal biarlah cuti pun. Memang sedih manusia sekarang ni melakukan sesuatu sebab menuruti perintah manusia semata mata bukan sebab tuhan. Allahu rabbi.
Apabila diri berasa buntu, islam menunjukkan jalan keluar dengan mengerjakan solat duha. Roh solat duha ni dapat jernihkan fikiran kita dari segala kekusutan dan stres. So inilah jalan keluar terbaik. Tak letih pun dua rakaat je, bukan solat terawih! Solat ni rahsia besar daripada Allah untuk dapat rezeki. Rezeki bukan dari makanan dan duit je, tapi diberikan rezeki berupaya dipermudahkan memahami pelajaran, peroleh idea yg bernas untuk menulis dan menyiapkan tugasan, ketajaman fikiran untuk menghafal pada waktu pagi, dan dapat mencapai kecemerlangan.
So sebelum trial tu, aku biasakan diri bangun pukul 4:30 pagi. Aku solat tahajjud dalam 10 minit, tapi sebelum tu aku minum air masak sebab org cakap bagus taktaulah apa function dia. Tapi aku ikut jugak. Lepas solat, aku belajar, hafal pelajaran ni sampai subuh aku stop. Aku solat subuh pastu pergi Mandi. Nak mandi sebelum solat tahajjud pun takpa. And then aku makan minum. Baki selebihnya aku study lagi baru bertolak ke sekolah. Sebelum perhimpunan pula, aku habiskan masa dengan remind balik apa aku hafal pagi tadi.
Dhuha Di Sekolah
Okey next, selepas masuk kelas, bila tibanya waktu duha, aku ke surau solat duha. Ajak member sekali. Kalau kau sayang member hihi. Lepastu aku masuk kelas belajar. Cikgu tak marah punya, solat duha kan? Untuk kebaikan kita juga. Sampailah hari² aku buat till trial bermula. Memang berkesan beb, kau akan rasa kelainan dalam pembelajaran kau.
Selama ni kau rasa malas, jemu bosan, tak suka cikgu ni ajar la apa lah, tak selesa, merungut banyak kerja. Tapi kau akan hilang masalah tu serta merta. Kau akan rasa bersemangat, kau rasa ingat tujuan sebenar kau, kau nak jugak dapat ! Orang sekeliling pun semakin sayang. Rezeki semakin dapat meringankan kau.
Percayalah tak rugi kau cuba, tengok aku, trial straight A. Member aku pun tak caya, lagi lagi mak ayah aku haha sebab selama ni aku nakal malas gile haha. So sekarang aku nak fight untuk spm ni pulak. SPM start 7/11. Harap kita dapat banggakan ibubapa, guru, keluarga. Sama²lah kita berjuang. Akak² universiti/kolej tu doakan adik mu ini ye. Nak macam akak jugak boleh masuk unversiti. Cikgu cakap nak cari jodoh cari kat U je haha. Semakin bersemangat ni.
Okey finally, aku takkan ubah rutin aku ni. aku percaya jika korang ikut rutin aku, result korang lebih baik dari sebelum ni. Mana tahu Allah bagi kita straight A. Allah yang tentukan, kita hanya merancang. Doa itu penting, doa harus seiring dengan usaha ingat tu! Okey gudluck geng batch 99 do the best ! Assalamualaikum– Cik Pdot
Semoga adik-adik ini berjaya, semoga perkongsian ini dapat mengubah sedikit persepsi korang tentang solat Dhuha, cubalah jangan tak cuba.-PENMERAHDOTCOM
The post Manfaat Sepenuhnya Waktu Dhuha, Ini Pengalaman Seorang Gadis appeared first on PenMerah.com.
0 comments