Tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku, pelakon Remy Ishak menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia kini mengupah pengawal peribadi sementara menunggu siasatan pihak polis.
BACA: Selepas Diugut Bunuh, Rumah Remy Ishak Diserbu
“Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis. Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti”
“Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah pengawal peribadi yang diupahnya.
Rumah Remy Ishak juga sebelum ini telah diserbu oleh pihak polis kerana telah mendapat laporan bahawa terdapat dadah di rumahnya. Bagaimanapun hasil siasatan polis tidak menjumpa sebarang baha yang didakwa tersebut. (rtky/s)
0 comments