Tidak mahu menuding jari kesalahan penceraian kepada mana-mana pihak, penyanyi dan pelakon, Cat Farish mengakui kehidupannya tidak tentu arah selepas bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramli pada April lalu.
BACA: Cat Farish Akui Dirinya Jadi Punca Penceraian
“Sungguh.. Rasanya lebih perit daripada ditinggalkan kekasih. Saya rasa kosong dan tidak tentu arah. Sampaikan saya menangis setiap masa. Saya ke kelab, layan muzik. Pada pandangan mata orang, kehadiran saya ke sana nampak tidak elok”
“Sedangkan ketika itu, hati saya kosong dan tak nampak apa-apa pun di sekeliling. Hanya termenung. Di rumah pula saya rasa sunyi. Sehinggakan masa tidur, saya terjaga, seolah-olah terdengar suara anak-anak,” kongsinya kepada BH Plus.
Penyanyi ini juga mendedahkan bahawa kadang kala dia memeluk baju anaknya kerana terlalu rindukan mereka selain turut menghadapi kemurungan teruk. Bagaimanapun segalanya beransur pulih dan Cat kini sudah mampu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Kini Cat mahu kembali bangkit mencari rezeki untuk anak anak. Selain itu, bekas isterinya sering memberi sokongan positif malah hubungannya bersama bekas mentua juga tidak terjejas. Cat juga kadang kala turut merujuk kepada bekas mentua sekiranya ada masalah. (rtky/s)
0 comments