Monday, September 26, 2016

Neelofa Rindu Beribadat Di Mekah

Berpeluang mengerjakan ibadah haji di Mekah beberapa minggu lalu membuat Neelofa rindukan untuk beribadat disana walaupun kepulangan beliau disambut dengan pelbagai komitmen kerja. Malah ketika disana juga, Neelofa berkata beliau sentiasa dikelilingi dengan perkara positif serta mengajar beliau mengenai pengurusan masa bagi mendirikan solat lima waktu.

BACA: Neelofa Sampaikan Doa Peminat Di Mekah

“Saya masih rindu terhadap suasana ketika berada di Masjidil Haram, Mekah. Ada beberapa perkara tentang musim haji dan Tanah Suci yang membuatkan saya banyak berfikir mengenai kehidupan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana perasaan yang dialami ketika itu cukup luar biasa. Sejujurnya, saya berasa seperti dilahirkan semula”

“Sepanjang 16 hari berada di sana, saya dikelilingi oleh kelompok jemaah haji yang rajin menunaikan solat, berzikir dan kerap mendengar ceramah agama. Secara tidak langsung, saya juga terikut sama dengan rutin yang diamalkan oleh mereka. Insya-Allah, perubahan positif itu akan saya cuba kekalkan sehingga bila-bila,” katanya kepada Kosmo Online.

Bergelar Hajah pada usia yang masih muda mungkin sukar bagi Neelofa dengan adanya sesetengah pihak yang berfikiran skeptikal mengenainya. Namun bagi beliau, keberangkatannya ke Mekah bukan kerana ingin mencari gelaran tetapi lebih kepada menginginkan perubahan yang dapat memperbetulkan kekhilafannya sebelum ini sebagai seorang selebriti. (rkty/w)

screen-shot-2016-09-26-at-5-56-42-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-56-51-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-00-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-07-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-15-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-23-pm
Load disqus comments

0 comments