Tuesday, September 27, 2016

“Peminat Tegur Sebab Mereka Ambil Peduli”

Sejak mula mengenakan hijab awal tahun lalu, Fathia Latiff sering menjadi mangsa kritikan orang ramai yang merasakan penampilan atau perbuatan beliau yang tidak bersesuaian. Begitu pun, Fathia sentiasa bersikap terbuka menanggani kecaman peminat serta tidak pernah merasakan dirinya sudah sempurna walaupun beliau kini telah tampil dengan imej bertudung.

BACA: Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat

“Saya sudah meminta maaf dan memaafkan mereka di atas kesilapan diri. Saya tidak pernah menganggap diri ini sudah sempurna. Selain itu, saya sentiasa mengambil peduli kritikan dan komen yang diberikan oleh masyarakat. Apa yang saya rasa betul dan percaya ia tidak bertentangan dengan akidah diri sebagai orang Islam, saya akan bertindak berdiam diri”

“Selagi ada komen dan kritikan yang diberi, ia bermakna orang ramai masih pedulikan kita. Saya pula tentu saja akan terus memperbaiki kelemahan diri. Saya takkan ambil pusing teguran yang dirasakan tidak membantu, terutama ketika saya berasakan saya di pihak yang betul,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung kontroversi yang sering melanda dirinya.

Terdahulu, Fathia pernah dikecam hebat apabila memuat naik sekeping gambar mendedahkan rambut di luar negara. Gambar tersebut menunjukan beliau mengenakan selendang dan menampakkan rambutnya ketika sedang menjalani penggambaran beberapa bulan lalu. Tindakan itu mendapat kritikan negatif dari peminat walaupun bahagian rambut itu sudah dikaburkan.

Tidak habis dengan kontroversi itu, Fathia sekali lagi menjadi mangsa kecaman peminat apabila beliau tampil dengan imej hidung bertindik. Ramai yang berpendapat beliau tidak seharusnya memuat naik gambar sebegitu sekalipun ianya sebagai tindik palsu seperti yang dijelaskan oleh pelakon itu kerana penampilannya yang bertudung kelihatan seperti tidak bersesuaian. (rkty/w)

1-%22peminat-tegur-sebab-mereka-ambil-peduli%22-jpeg 2-%22peminat-tegur-sebab-mereka-ambil-peduli%22-jpeg 3-%22peminat-tegur-sebab-mereka-ambil-peduli%22-jpeg 5-%22peminat-tegur-sebab-mereka-ambil-peduli%22-jpeg 6-%22peminat-tegur-sebab-mereka-ambil-peduli%22-jpeg 7-%22peminat-tegur-sebab-mereka-ambil-peduli%22-jpeg
Load disqus comments

0 comments